SHARE RECIPES

Assalamualaikum..

Mesti ramai tertanya-tanya, apakah motif kewujudan 'share recepi' ni..? Adakah Radianthijab juga seorg katerer..? Oh..tidak2...cuma seorg yg suka kmpul resepi + main masak-masak + makan..!! i loike..!! saja suka meriahkan dapur..nk jadi chef xtermakbul, so ni jela mampu..chef utk diri sendri sudah laa..hahaa =D

So, kewujudan page ini hanya sekadar berkongsi mana-mana resepi yg saya dah try & hasilnya alhamdulillah, pastinya memuaskan..!! So, kepada sesiapa yang minat nak try resepi yg sya share ni, sila2kanlah yer...tiada paksaan..ahaks....Tapi, andai xsedap @ tidak kena dgn selera anda jgn marah sya k.. : p

Cukup2lah membebel tu..kat bawah ni ada first resepi yg sya suka buat kalo free.. Kalau ada apa2 pertanyaan, emel atau tinggalkan komen kat pages fb jer k..!! selamat mencuba yaa...Jom serlahkan bakat anda di dapur..hahaa!! =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi doh asas by Alex Goh


Alkisah permulaan episod membakar roti :

Seronok tgk org membuat roti, jadi geram tambah2 bila tgk roti tu mengembung dgn cantiknya..aduhai, tergoda..!!Kebetulan mesin tepung warisan mak tu sebab dah lama xberhidup..So, nak cergaskan mesin tuh..huhuuu

Info : Resepi sesuai untuk breakfast @ minum petang
Sumber : myresepi @ doh asas by Alex Goh


RESEPI  ROTI KENTANG @ POTATO BREAD

DOH ROTI
Bahan-bahan : 

300gm tepung berprotein tinggi (tepung roti) @ tepung gandum
2 sudu teh yis 
 
60gm @ 1biji kentang rebus yang telah di lenyek halus
1 1/2 sudu teh susu tepung (kalo xda susu tepung, boleh ganti dgn susu cair@susu pekat)
3/4 sudu kecil garam halus
50gm gula castor @ gula halus (kalo suka manis, boleh tambah gula)
1/2 @ 1 biji telur
135ml air sejuk peti ais (masa masukkan tu, agak2 jer..jgn smpai terlembut sgt tau..)
30gm mentega @ buttercup
secubit emplex @ pelembut roti + bread improver *optional

Cara-cara:

1.Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sekejap hingga bahan tergaul rata. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana. *kalau nak uli pun boleh jugak..tp, sya xlarat nak uli..tgn xmantap..huuhuu

 
2.Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik/kenyal /nampak mcm berkilat2 ckit.


3.Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap. 


4.Bulat-bulatkan menjadi 16 biji @ ikut cita rasa anda menjadi bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. kalo guna loyang bulat pun boleh, nti nampak mcm roti bunga bila masak.. any size =) Biarkan ia naik selama 45min lagi


5.Sapukan permukaan roti dengan kuning telur dan paipkan custard cream tadi atas roti secara menjalur @ ikut cita rasa anda 


6.Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 @ 15 min 


7.Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak


* Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min. Bila dah keluarkan dari oven, sapukan sedikit mentega secara rata atas  roti tuh time ia panas 2, mcm sapu telur awal tadi.. hasilnya : permukaan roti jdi bling2 cam roti kat bakery..try laa..!! :}


CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

 
1 sudu teh tepung gandum
1 sudu teh tepung custard atau tepung jagung
4 sudu teh gula castor/gula pasir
1 cawan susu segar @ susu tepung yg sudah dibancuh (250ml)  
2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tsudu teh mentega 


Cara-cara:

1.Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan kacau supaya tidak berketul.
2.Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
3.Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Bila dah likat, angkat dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag utk di paip atas roti.
 
~~~>  Tadaaa..inilah hasilnya..roti gebu+cantik+lembut+menggoda u..!! pasti anda akan try lagi..hehehee




***Info : pic ini bukan 1st time punya try..ni, dah kali ke 6@7 dah okay..hahaha

**Resepi doh ini juga boleh guna utk buat roti2 lain taw..saya pernah try wat sosej roll+bun kaya+bun apple..pepandai ja sya ni..juz memvariasikn doh+malas..hahaa  =D

**To Nana Rosli, seribu kemaafan dipohon kerana lambat mempost resepi ni ke kamu syg..lewat 24jam!! =( apa2 pn, selmat mencuba ya.nti jgn lupa upload pic..hehe =}